Untuk membuat pilihan dan berubah,, semuanya datang dari kekuatan kita. Buatlah pilihan demi masa depan kita dan berpeganglah pada pilihan itu, mungkin kita akan merasa nikmat kebahagiaan hidup selepas itu, walaupun pada mulanya ianya pahit untuk diterima kerana tiada siapa yang berhak membuat keputusan untuk kita.
Pendirian pula akan wujud setelah kita membuat keputusan yang mana menjadi pilihan kita. Namun apabila pilihan itu bukan datang dari keikhlasan hati, maka pendirian itu akan berubah-ubah.. Sehingga kita akan rasa terkilan, sedangkan pilihan yang kita pilih itu adalah benar.. Untuk itu, perlu untuk kita memikirkan prioriti dalam hidup kita dahulu berbanding perkara lain..
Aku yakin apabila kita telah meletakkan sesuatu target, nescaya kita tidak akan menyesal dengan pilihan kita walaupun ianya pahit untuk diterima.. Malah pendirian yang telah disemat dalam hati tidak mungkin akan goyah..
Memang selalu kita mendengar ungkapan "hidup ini perlu ada pilihan dan pendirian "
Kekadang aku terpikir akan diri yang susah untuk membuat pilihan.. kekadang pilihan itu datang membuatkan kita terasa seperti ingin mengambil kedua-duanya dan jauh di dalam hati kita akan terdetik.. alangkah indahnya kalau kedua-dua pilihan yang wujud itu tidak perlu dipilih.. Bagaikan peribahasa "diluah mati mak, ditelan mati bapa "
Maka dengan itu tenangkanlah diri, lapangkanla hati... apa yang kita tahu dalam hidup ini adalh semuanya drama semata dan ianya menguji sejauh mana keimanan kita dan kesediaan kita menghadapi roda hidup ini..
Dan bagi aku.. hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..
hidup ini adalah drama semata. kita lah pengarah dan pelakon dalam drama kita. semuanya terpulang kepada kita untuk menjadikan drama kita sebuah cerita yang sedih, gembira, penuh aksi, pernuh konflik dan sbgnyer..
ReplyDelete