Wednesday, 5 June 2013

Pagi yang Indah..


Pagi hari akan terasa lebih indah jika kita tersenyum dalam menyambut datangnya sinar mentari,
dimana pada awal kita untuk memulakan beraktiviti dalam menggapai impian..

Ketika suatu hari pabila mata ini tidak mahu untuk terlelap, tidak mahu untuk bertemu dengan sang mimpi yang indah.. terus aku dibuat menjadi insan yang setia menemani malam pada waktu itu..
ketika aku sedang sibuk melayan dunia malamku yang tidak ditemani mimpi itu, aku menjenguk rakan serumahku yang juga turut sama mempunyai nasib sama seperti aku.. tapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai misi iaitu gigih menyiapkan misi masing2.. ASSIGNMENT..!! alhamdullilah, aku sudah dua minggu lebih awal untuk menyiapkan semua itu.. tidak ada lagi perjuangan assignment untuk aku pada sem ini.. haha.. 
dalam pada itu, jam menunjukkan pukul 4 pagi.. aku dan rakan serumah yang lain itu seperti merasakn sesuatu..hehe.. merasakan apakah..?? ermm apa lagi kalau bukan LAPAR..!! haha.. 
lantas kami putuskan untuk mencari kedai makan yang masih beroperasi pada waktu seperti itu.. 
seperti biasa KFC drive-thru menjadi pilihan..
dalam kami sibuk menjamah makanan pada waktu itu, tiba2 keluar pula kisah untuk melanjutkan aktiviti kami pada waktu itu..hahaa.. merancang untuk pergi ke suatu tempat yang aku belum pernah pergi.. berdasarkan perbualan kami, aku dapati tempat itu menarik seperti apa yang kawan maklumkan.. aku pun semangat.. kerana dimaklumkan lagi, kalau bernasib baik akan dapat melihat pemandangan indah matahari terbit disitu.. fuuuh.. jom jalan cepat..!! haha
hampir setengah jam perjalanan kami pun sampai.. yaa waktu itu keadaan masih lagi gelap.. belum ada tanda2 matahari timbul.. namun tetap sabar menunggu..hehe.. akhirnya setelah menunggu beberapa ketika, mentari pagi yang menjelma pada waktu itu memberi impak panorama yang sangat indah lagi menenangkan.. aku terpegun.. Subanallah indahnya ciptaan Yang Maha Esa.... =)

AKU TERSENYUM PADA WAKTU ITU,, TERSENYUMLAH PADA AWAL PAGI, KERANA ITU MENANDAKAN BAHAWA KAMU SIAP SEDIA MENGHADAPI HARI DENGAN PENUH SEMANGAT..!! SESUNGGUHNYA PAGI ITU INDAH.. =)

berikut panorama yang sempat diambil pada waktu itu.. cantikk..!!

laluan ke destinasi





aku

rosli

lawa ..

bulan masi ada di langit.. hehe =)

     
hilmi









siap photoshoot atas pokok... haha.. touch of fantasy..
suasana tasik empangan..

sesungguhnya jalan raya milik aku pada awal pagi..

Wednesday, 24 April 2013

Hidup ini perlu ada pilihan dan pendirian..


Untuk membuat pilihan dan berubah,, semuanya datang dari kekuatan kita. Buatlah pilihan demi masa depan kita dan berpeganglah pada pilihan itu, mungkin kita akan merasa nikmat kebahagiaan hidup selepas itu, walaupun pada mulanya ianya pahit untuk diterima kerana tiada siapa yang berhak membuat keputusan untuk kita.

 Pendirian pula akan wujud setelah kita membuat keputusan yang mana menjadi pilihan kita. Namun apabila pilihan itu bukan datang dari keikhlasan hati, maka pendirian itu akan berubah-ubah.. Sehingga kita akan rasa terkilan, sedangkan pilihan yang kita pilih itu adalah benar.. Untuk itu, perlu untuk kita memikirkan prioriti dalam hidup kita dahulu berbanding perkara lain.. 

Aku yakin apabila kita telah meletakkan sesuatu target, nescaya kita tidak akan menyesal dengan pilihan kita walaupun ianya pahit untuk diterima.. Malah pendirian yang telah disemat dalam hati tidak mungkin akan goyah..




Selalu juga aku terfikir untuk memilih pilihan yang bukan minat dan kehendak kita.. kerana ianya satu perkara yang sangat pahituntuk kita lalui malah mampu menyakitkan jiwa kita. Bila mulut kata tak nak, hati pula kata nak... Kita dapat rasa betapa sakit hati kita untuk menerima perkara tersebut. Bagiku untuk membuat perkara yang betul dan tepat, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sehingga kadang kala kita buntu, tiada keputusan dan kekadang kita terlepas kedua-duanya kerana kita gagal memilih yang mana terbaik dalm hidup kita..


Memang selalu kita mendengar ungkapan "hidup ini perlu ada pilihan dan pendirian "
Kekadang aku terpikir akan diri yang susah untuk membuat pilihan.. kekadang pilihan itu datang membuatkan kita terasa seperti ingin mengambil kedua-duanya dan jauh di dalam hati kita akan terdetik.. alangkah indahnya kalau kedua-dua pilihan yang wujud itu tidak perlu dipilih.. Bagaikan peribahasa "diluah mati mak, ditelan mati bapa "


Maka dengan itu tenangkanlah diri, lapangkanla hati... apa yang kita tahu dalam hidup ini adalh semuanya drama semata dan ianya menguji sejauh mana keimanan kita dan kesediaan kita menghadapi roda hidup ini..




Dan bagi aku.. hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..





Wednesday, 17 April 2013

Mencari Kebahagiaan Sejati

Setiap individu mencari kebahagiaan atau saadah, tanpa mengira kedudukan dan pangkat, sama ada miskin atau kaya dan tua dan muda.. Semua golongan mengejar dan bercita-cita untuk memburu kebahagiaan. Mereka mencari kebahagiaan tanpa henti dengan menggunakan apa jua medium atau wasilah.. Adakah kebahagiaan yang dicari memberi ketenangan dan kedamaian atau ia menjadikan seseorang semakin jauh dari kebahagiaan..?? 

Bagi aku, kebahagiaan tidak dapat diukur atau digambarkan. Erti kebahagiaan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Ia sudah tentu berbeza-beza antara setiap individu. Ada orang berasa bahagia jika ada makanan, pakaian dan kediaman yang mencukupi serta selamat daripada penyakit, kelaparan dan peperangan.
Sebaliknya, ada orang yang tidak bahagia meskipun dalam aman, sihat, mewah dan senang-lenang. Golongan lain pula tidak berasa bahagia dengan kuasa, status dan kekayaan yang dimiliki..


ORANG YANG GEMBIRA TIDAK SEMESTINYA BAHAGIA.. MANAKALA ORANG YANG DILIHAT TIDAK BAHAGIA, TIDAK SEMESTINYA MENDERITA. DIA SENDIRI PENENTU KEBAHAGIAAN  DIRINYA SENDIRI.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud "Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13 : 28 )

Sebenarnya, kebahagiaan itu dapat dicari,dicapai dan dirasai jika kita berpuas hati dengan kehidupan yang sedang dikecapi dan dimiliki. Dalam masa yang sama, kita terus berusaha memperbaiki keadaan tanpa cuba menjejaskan kepentingan dan kebahagiaan orang lain. kekecewaan atau kesedihan yang dilalui bersifat sementara dan kita mesti bangkit dan bersikap positif.




Mungkin ada antara kita memiliki harta yang melimpah-ruah, kemasyhuran, pangkat dan kedudukan yang tinggidan ternama, tetapi tidak bahagia. Bahkan sentiasa tertekan, berasa tidak cukup dan tidak puas hati dengan kehidupan dan hartanya. Ternyata kebahagiaan bukan terletak pada itu.

Jadi dimanakah kebahagiaan sebenar.?? Bagaimanakah cara untuk mencapainya..?? 
Dalam kita mengejar nikmat bahagia, kadangkala kita "buta" untuk menilai sama ada usaha yang dilakukan demi kebahagiaan sejati itu berada di landasan yang benar atau tidak..
disini ingin aku kongsikan,, mari korek si diri kita, sama ada BAHAGIAHKAH AKU, JIKA...

Aku sahaja yang bahagia, orang lain sengsara..?
Aku bergantung kepada nilai material semata-mata..?
Aku mengejar nikmat di dunia sahaja..?
Aku meminggirkan kehidupan akhirat yang kekal abadi..?
Aku tidak malu melakukan larangan Allah sama ada sedikitpun ataupun  banyak..?
Aku menghiasi diri dengan sifat mazmumah dan mengetepikan sifat mahmudah..?
Aku mengabaikan jalan hidup seorang Muslim yang sebenar..?

"Ya Allah, aku berlindung dengan Mu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung daripada perasaan lemah dan malas. Aku berlindung daripada sifat kedekut, perasaan takut berhutang dan paksaan orang" (Riwayat al-bukhari)













Tuesday, 16 April 2013

Sampai Jumpa Lagi

Tambah kapsyen


16 APRIL 2013 .. FLIGHT AK 5125.. 11.20 PM.. pada waktu ini.. Aku telah berlepas pulang kembali semula ke tanah semenanjung untuk meneruskan perjuangan.. Setelah lebih kurang 10 hari berada di tempat asalku dengan memanfaatkn sepenuhnya masa yang ada.. kini diri ini perlu berpisah kembali dengan keluarga.. saudara mara.. rakan.. dan insan lain yang disayangi semata-mata untuk meneruskan perjuangan semata demi cita2 dan mungkin juga cinta.. opss!! hehe.. just kidding..


Uncle akan rindu Ikram



Kepulangan ke kampung halaman yang tidak diduga ini memberikan aku seribu satu coretan kehidupan yang bisa memberikan aku sejuta rasa tentang betapa indahnya, sukarnya, sedihnya, gembiranya, dan kesemuanya rasa itu yang perlu diproses oleh akal fikiran yang waras, perlu dinilai oleh hati nurani, perlu dibentuk oleh tindakan peribadi ,dalam melihat diri kita ini sebagai hamba Allah yang perlu meneruskan kehidupan di muka bumi ini..


 Bukan selamat tinggal yang akan  diungkapkan tapi yang sebenarnya adalah sampai jumpa lagi.. In sya Allah.. 
Nadia & Rina.. good girl..  7 years old
 Kepulangan kali ini membuat aku terfikir bahawa kita hanya manusia yang hanya mampu merancang..hanya Allah yang menentukan.. perjalanan cerita selama berada di sana begitu indah sekali.. Syukur Ya Allah..masih diberi peluang untuk berjumpa keluarga nun jauh di sana.. Panjang umur sampai kita jumpa lagi yaa...  =)



.

Saturday, 13 April 2013

Mengimbau kenangan. Kembali ke sekolah..

Dewan Sekolah
Kepulangan ke kampung halaman tidak sah untuk aku jika tidak melawat Sekolahku.. salah satu tempat yang sangat banyak memberikan kenangan untuk aku..... Sekolah Menengah Kebangsaan Arshad Kota Belud, itulah nama sekolah yanag mana mungkin bisa aku lupakan atau singkatannya SMARD..!!  bermula dari Tingkatan 1 sehinggalah tingkatan 6 aku menuntut disitu.. selama 7 tahun belajar di dalam sekolah itu sangat banyak cerita yang mungkin mustahil untuk aku kongsikan kesemuanya disini.. sangat banyak.. terlalu indah bagi aku.. hehe..

Barisan Guru-guru sekolahku ketika sambutan Hari Guru 2010

Syukur Alhamdullilah.. cuti semester kali ini aku masih berpeluang datang ke sekolah itu.. cuti walau seminggu aku cuba dapatkan waktu untuk ke sekolah itu.. Menjejak kaki ke sekolah lama membuat aku teringat kenangan suatu ketika dahulu begelar pelajar sekolah ini.. hehe.. zaman sekolah yang mustahil untuk aku kembali pada waktu itu..


Banner yang masih melekat di dewan sekolah... Alhamdullilah,  salah satu di antara mereka.. =)
Berpeluang untuk jumpa cikgu2 di Sekolah lama sangat best.. Cikgu2 yang sudah aku anggap sebagai kawan yang sangat banyak jasanya dan juga kenangan bersama mereka.. hehee.. AKU RINDU CIKGU..!! hehee.. tiada apa yang lebih berharga buat mereka selain melihat anak didik mereka yang kini dapat meneruskan pelajaran ke menara gading.. Alhamdullilah Ya Allah.. =) Terima kasih Cikgu..


barisan para peserta KEM KEMAMPIN..!!
Kebetulan pula ketika jalan2 ke sekolah.. ada satu perkhemahan yang sedang dijalankan.. Kem Kemantapan Disiplin dan Kepimpinan.. disertai pelajar yang berjawatan di sekolah ini.. Kem yang suatu ketika dulu, pernah aku sertai bermula dari peserta sehinggalah aku jadi pengerusi tuk kem itu.. Namun kini kebetulan sudah sampai ke sekolah.. diberi pula peluang oleh pihak sekolah untuk memantau dan diberi slot pada hari pertama membuat aku rasa sangat terharu dan gembira untuk kembali beraksi di dalam sekolah ini.. harapan  KEM ini untuk mengeluarkan generasi pelajar yang mampu memimpin suatu hari ini memang sudah terbukti.. Alhamdullilah..!! All the best KEMAMPIN..


Paling best bila dapat balik semula ke sekolah adalah dapat join jamuan bersama cikgu2.. huhuu.. best.. aku bawa laksa special dari rumah.. terima kasih kakak yang sudi buat tuk aku bawa p sekolah.. hahaa.. Best memang best bila dapat makan ramai2 bersama cikgu ni.. habis jgak laksa aku oleh cikgu2 ni.. hehe.. Selalu ingat pada diri bahawa sejauh mana kita pergi.. setinggi mana kita berada.. sebesar mana kita kan jadi.. jangan pernah lupa akan guru yang pernah suatu ketika dulu pernah bersama kita.. =) In sya Allah.. panjang umur jumpa lagi ya CIKGU... terima kasih atas segala ilmu yang telah diberikan dan didikan yang dicurahkan.. doakan anak didikmu ini supaya terus berusaha untuk menjadi yang terbaik..
Aminnn.. =)

Rakan kelas Tingkatan 6.. =)




Thursday, 11 April 2013

Rasa pening masuk Rumah Terbalik.. =)




Balik dari airport, singgah lunch kejap di Restoran Minang.. lepas tu dalam perjalanan balik sambung tidur dalam kereta..hahaa..1 jam lagi maw sampai ruma.. baik tidur kaan.. hehe..
 tidak lama kemudian dikejutkan pula.. ingatkan sudah sampai rumah.. rupa2nya kereta parking depan rumah yg unik.. aku tngok ada signboard "RUMAH TERBALIK"...uwaa.. excited..!! selalu dngar org ckap2 ja pasal ruma ni.. tngok dlam paper dan tv, intrnet jaa.. ini kali laa dapat masuk.. hehe..




Rumah ni terletak di Daerah Tamparuli.. kalau dari KK, 40 minit ja sampai sudah.. hehee.. Tiket masuk RM 10 ja tuk dewasa.. RM 5 tuk kanak.. waa.. berbaloi juga masuk.. unik baa.. hehe.. satu-satunya "RUMAH TERBALIK" dan yang pertama di Malaysia, kini menjadi tarikan pelancong di SABAH.. juga mendapat pengiktirafan Malaysian Book Of Record.. waa.. Awesome.. =)



Yang uniknya.. ada sebuah kereta kancil di luar rumah ni yang turut parking terbalik.. hahahaa.. memang unik.. haha





Adik Rina buat aksi gagah mengangkat kereta kancil.. hahaa.. =D
memang hairan.. hehe.. kalau lori yang diterbalikkan mungkin satu lagi keunikan disini.. haha..






keadaan di dalam rumah tersebut.. =)

Satu rasa yang aku tidak boleh lupa, bila jejak kaki masuk dalam rumah ni,, AKU RASA PENING..!!! arrghh... mana tidaknya, nampak semua perabot letak di atas.. tngok ja dalam gambar ni.. hehe.. yang lucunya.. aku siap kena sound sebab ambik gambar dlam rumah tu.. utk pengetahuan semua,, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah tersebut.. tapi aku seperti biasa akan melanggar peraturan.. hahaa.. smpaila pic dlam rumah tu aku dapat jgak ambik dalam diam2.. hahaaa..



with my brother.. =)

Wednesday, 10 April 2013

Kejutan balik kampung, buat keluarga.. yeahhh...





Tanggal 7 april 2013..tarikh ni paling best sebab akan berlaku suatu kejutan buat keluarga nun jauh di sana..hahaaa... diri ini akan balik ke kampung tanpa pengetahuan sesiapa pun kecuali abang yang baik hati sponsor tiket flight ni dan juga aunty dan uncle yang penyayang ni sudi hantar p airport..yeahhh.. hahaa... perjalanan ambik masa  20 minit jaa.. aunty bawa kreta mcam pemandu F1 ja.. haha.. dlam pejalanan.. abg pun call trlebih dahulu.. abang pesan supaya bgtaw dia klaw sudah mau fly.. hehe.. sya pun jawab ok ja.. excited ni maw balik kmpung suprise tuk mama.. bapa.. adik.. kakak.. anak buah... nenek.. datuk dan smuala bah... hehe.. kepulangan yg tidak disangka-sangka konon.. hahaa... 





Dalam flight.. duduk pula sebelah dengan pasangan suami isteri yang berasal dari Tanah 
Rina & Iqram happy.. =)
Semenanjung.. ermmm kalaw tunggu 2 jam lebi maw sampai teda apa maw ckap.. nanti jadi borink pula... so seperti biasa aku yang sangat mesra alam ini akan memulakan perbualan.. brdasarkan perbualan, diorg ni baru kawin.. dan akan honeymoon di SABAH..!! fuuh bangga jgak sebab SABAH TANAH AIRKU jadi pilihan kepada pasangan suami isteri ni untuk melakarkan sebuah kenangan indah diantara mereka berdua..Waahhh...!!hehe... Jadi tanpa segan silu,, aku terusla promote apa yang best di SABAH.. sangat bersemangat disitu nampaknya..hahaa.. pasangan ini pun sangat teruja bila dengar aku ceramah pasal tempat2 menarik di SABAH.. hehe.. kebetulan pula diorg ni baru first time datang SABAH.. ermm pastu aku terlelap sekejap hampir sejam lebih.. bangun2 ja.. 10 minit lagi mahu mendarat.. ALHAMDULLILAH selamat tiba juga... sebelum keluar dari kapal trbang tu, aku sempat ucap slamat bercuti kepada kedua pasangan mempelai tadi tu.. haha.. sekurang2 nya diorg dpt sdikit input berkenaan dgn Negeri SABAH ni.. hehe..




Setelah menjejak kaki di Bumi di Bawah Bayu,, aku cepat2
 matikan flight mode.. dan terus bagi sms 
inform dengan abang yg aku ni sudah sampai.. Misi diteruskan.. hehe.. abg bagitaw supaya jangan keluar p parking terlebih dahulu sebab mama ikut sekali tapi dia tidak tahu yang anknya pulang.. abg beri alasan dengan mama yang dia maw settle tiket tuk becuti di KL nanti.. so mama tunggu dalam kreta jak laa.. setelah lebih 15minit menunggu abg sampai dan bgtaw mama ada dalam kreta... abg bawa luggage dan aku pun terus serbu mama dalam kereta dari belakang.. time aku muncul tu.. mama tengah minum air.. lepastu aku muncul di tingkap kereta mama dan mama hampir tersembur air yang diminumnya itu bila nmpak anknya yg disangka jauh darinya tiba2 muncul di depan mata..hahaa.. tiada kata yang mampu aku katakan pada waktu itu bila dapat memeluk erat seorang wanita yang begitu bererti bagiku..I LOVE YOU MOM..!!  adik dan anak buah yang ada dalam kereta pun terpinga2.. macam tidak percaya abg/uncle diorg balik time tu.. haha..
wajah happy dapat jumpa



Terus singgah Lunch di Restoran Minangkabau.. try makan makanan Minang.. sedapp..!!