Pagi hari akan terasa lebih indah jika kita tersenyum dalam menyambut datangnya sinar mentari,
dimana pada awal kita untuk memulakan beraktiviti dalam menggapai impian..
Ketika suatu hari pabila mata ini tidak mahu untuk terlelap, tidak mahu untuk bertemu dengan sang mimpi yang indah.. terus aku dibuat menjadi insan yang setia menemani malam pada waktu itu..
ketika aku sedang sibuk melayan dunia malamku yang tidak ditemani mimpi itu, aku menjenguk rakan serumahku yang juga turut sama mempunyai nasib sama seperti aku.. tapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai misi iaitu gigih menyiapkan misi masing2.. ASSIGNMENT..!! alhamdullilah, aku sudah dua minggu lebih awal untuk menyiapkan semua itu.. tidak ada lagi perjuangan assignment untuk aku pada sem ini.. haha..
dalam pada itu, jam menunjukkan pukul 4 pagi.. aku dan rakan serumah yang lain itu seperti merasakn sesuatu..hehe.. merasakan apakah..?? ermm apa lagi kalau bukan LAPAR..!! haha..
lantas kami putuskan untuk mencari kedai makan yang masih beroperasi pada waktu seperti itu..
seperti biasa KFC drive-thru menjadi pilihan..
dalam kami sibuk menjamah makanan pada waktu itu, tiba2 keluar pula kisah untuk melanjutkan aktiviti kami pada waktu itu..hahaa.. merancang untuk pergi ke suatu tempat yang aku belum pernah pergi.. berdasarkan perbualan kami, aku dapati tempat itu menarik seperti apa yang kawan maklumkan.. aku pun semangat.. kerana dimaklumkan lagi, kalau bernasib baik akan dapat melihat pemandangan indah matahari terbit disitu.. fuuuh.. jom jalan cepat..!! haha
hampir setengah jam perjalanan kami pun sampai.. yaa waktu itu keadaan masih lagi gelap.. belum ada tanda2 matahari timbul.. namun tetap sabar menunggu..hehe.. akhirnya setelah menunggu beberapa ketika, mentari pagi yang menjelma pada waktu itu memberi impak panorama yang sangat indah lagi menenangkan.. aku terpegun.. Subanallah indahnya ciptaan Yang Maha Esa.... =)
AKU TERSENYUM PADA WAKTU ITU,, TERSENYUMLAH PADA AWAL PAGI, KERANA ITU MENANDAKAN BAHAWA KAMU SIAP SEDIA MENGHADAPI HARI DENGAN PENUH SEMANGAT..!! SESUNGGUHNYA PAGI ITU INDAH.. =)
berikut panorama yang sempat diambil pada waktu itu.. cantikk..!!